24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

Harimau Muda layak ke Piala Asia B-23

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menarik nafas lega apabila berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia B-23 2022 Qatar selepas muncul antara empat naib johan terbaik peringkat kumpulan.

Menamatkan saingan di tempat kedua di belakang juara kumpulan H, Thailand, skuad bimbingan E. Elavarasan terpaksa menunggu semua perlawanan tamat bagi mengetahui nasib mereka.

Dan Malaysia bernasib baik apabila berada dalam kedudukan empat naib johan terbaik, biarpun mengumpul mata dan perbezaan jaringan yang sama dengan Iran.

Namun, skuad Harimau Muda lebih bernasib baik apabila kedudukan ditentukan menerusi rekod disiplin sepanjang aksi peringkat kumpulan selepas perbezaan jaringan dengan Iran direkodkan sama, dengan tiga gol.

Advertisements

Skuad muda negara hanya menerima empat layangan kad kuning sementara pemain Iran pula diberikan kad amaran sebanyak sembilan kali dalam aksi peringkat kumpulan.

Dengan itu, Malaysia menyertai tiga naib juara lain seperti Kuwait, Tajikistan dan China untuk beraksi di Qatar tahun depan.

Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara menyertai tiga lagi wakil ASEAN ke Piala Asia B-23 menyertai Vietnam, Indonesia dan Thailand yang menjuarai kumpulan masing-masing.

Malaysia mencatat dua kemenangan, 2-0 ke atas Bangladesh dan 4-0 ke atas Filipina dalam aksi Kumpulan H sebelum tewas tipis 1-0 kepada Thailand, malam tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan