30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Tangkap ikan dikawasan tidak dibenarkan, PPM tahan bot pukat tunda

Mesti Baca

SHAH ALAM – Gara-gara menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan, sebuah bot pukat tunda ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Port Klang dalam satu kejadian dekat perairan Sungai Besar, Selangor, pagi ini 

Dalam satu kenyataan, PPM berkata, semasa rondaan Op Benteng Covid, botronda PC 32 telah menahan dan menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bot pukat tunda B1 di kawasan perairan Sungai Besar.

Bot B1 yang ditahan Pasukan Polis Marin pagi ini. Foto FACEBOOK PPM

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot pukat berkenaan menjalankan aktiviti menangkap ikan di bawah 8 batu nautika dari Pantai Sungai Burong dekat Sungai Besar

Advertisements

“Ini sekaligus melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat dalam lesen,” kata kenyataan itu, hari ini.

PPM berkata, bot pukat tunda B1 bersama empat lelaki tempatan dan ikan pelbagai jenis sebanyak 150 kilogram kemudiannya diiringi pulang ke Jeti PPM Kg Acheh.

“Kes seterusnya diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kg Acheh, Perak untuk tindakan selanjutnya,” tambah kenyataan itu lagi.

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan diberikan universiti dimanfaatkan?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan