24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 8, 2021

Tolak Belanjawan, apa lagi mereka mahu?

Must Read

KUALA LUMPUR — Jika sebelum ini, perkataan ‘kerajaan tidak boleh berfungsi’ atau ‘penutupan kerajaan’ (government shutdown) hanya kita dengar berlaku di Amerika Syarikat apabila belanjawan negara atau rang undang-undang berkaitan tidak mendapat kelulusan atau sokongan daripada ahli Kongres.

Bagaimanapun, kemungkinan itu boleh berlaku di negara ini apabila terdapat ura-ura Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini mungkin tidak akan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat kerana pelbagai faktor.

Perkara itu dapat dikesan apabila terdapat ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang seperti Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Lim, termasuk ahli Parlimen kerajaan sendiri seperti bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengugut tidak akan menyokong Belanjawan tersebut jika bebeberapa tuntuntan mereka tidak dipenuhi.

Jika dilihat, isu utama yang dibangkitkan mereka tidaklah terlalu besar iaitu berkaitan pengeluaran wang Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dan lanjutan moratorium dengan alasan rakyat sangat terdesak memerlukannya kerana terkesan akibat penularan COVID-19.

Semalam KWSP mengumumkan yang pencarum yang layak iaitu mereka yang kehilangan pekerjaan, gaji dipotong atau tidak mempunyai pendapatan akibat daripada COVID19 boleh memohon untuk mengeluarkan wang caruman mereka mengikut peratus tertentu sehingga maksimum RM60,000.

Maka, sudah tentu perkara itu telah selesai. Mereka minta rakyat dibenarkan keluar RM10,000 tetapi kerajaan kini benarkan pengeluaran sehingga RM60,000 kepada yang layak. Apa lagi mereka mahu?

Adakah ini bermakna semua Ahli Parlimen akan benar-benar menyokong Belanjawan ini pada hari pengundian dasar pada 25 November ini seperti yang diminta oleh Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas tuntutan mereka dipenuhi?

Belum tentu!. Ini kerana semua kita tahu tujuan utama pihak pembangkang terutama Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PH adalah untuk merampas kembali tampok pemerintahan daripada kerajaan sedia ada yang dibentuk hasil daripada perpecahan mereka sebelum ini.

Usaha demi usaha merampas kembali pemerintahan kerajaan dan seterusnya menjadi Perdana Menteri baharu sekian lama dijalankan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu yang terkini menyatakan beliau telah mempunyai lebih 120 daripada 222 Ahli Parlimen di Malaysia dan sekaligus melayakkan mereka menjadi pemerintah.

Setelah gagal meyakinkan Yang Dipertuan Agong kerana tidak menyatakan dengan jelas nama-nama 120 Ahli Parlimen yang menyokongnya, Anwar berasakan sidang Dewan Rakyat kali ini adalah peluang terbaiknya untuk menjatuhkan pemerintahan Tan Sri Muhydiddin Yassin dengan memastikan Belanjawan tidak mendapat sokongan kelulusan dan sekaligus menyebabkan kerajaan gagal berfungsi.

Baginya, sudah tentu beliau tidak peduli sangat kalau 1.6 juta kakitangan awam termasuk petugas barisan hadapan (seperti kakitangan Kementerian Kesihatan, polis, tentera dan sebagainya) tidak akan mendapat gaji seperti biasa asalkan beliau terlebih dahulu dilantik menjawat jawatan nombor satu negara itu.

Bagi Anwar, mungkin isu gaji itu tidak terlalu besar kerana selepas menjadi Perdana Menteri, beliau tentu berfikir boleh melakukan apa sahaja dan seterusnya berusaha menyelesaikan isu bayaran gaji kakitangan awam itu.

Kita tidak pasti bagaimana kerajaan di bawah Perdana Menteri baru boleh menggunakan wang perbendaharaan dengan semudah-mudahnya untuk membayar gaji kakitangan awam jika Belanjawan 2021 yang dibentangkan tidak lulus?.

Mungkin juga perkara itu boleh berlaku? Mana kita tahu? Bukankah pemimpin pembangkang sering mempunyai idea magis yang kita atau pakar ekonomi sendiri pun tidak terfikir bagaimana ia boleh dilakukan?

Dahulupun dalam pelbagai siri ceramahnya, Anwar itu sering menyatakan bahawa tol negara atau bayaran Perbadatanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dihapuskan jika pembangkang memerintah.

Nah! Perkara itu telah terbukti sepanjang dua tahun pemerintahan PH, rakyat begitu ‘bersyukur’ kerana ‘tidak perlu’ membayar tol dan pinjaman PTPTN.

Maka sudah tentu tarikh pengundian sokongan terhadap Belanjawan nanti akan digunakan sepenuhnya oleh Ketua Pembangkang itu untuk merealisasikan hasratnya menjadi Perdana Menteri baharu kerana di atas kertas jika rang undang-undang perbekalan itu tidak diluluskan, terdapat tiga kemungkinan akan berlaku terhadap Muhyiddin iaitu; perlu meletak jawatan, membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum atau menghadap Yang Dipertuan Agong sekali lagi untuk mengisyitharkan darurat. – EDISI9

Latest News

Rakyat risau Covid, dia pula asyik Najib, Najib, Najib…

CYBERJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana terus menerus bercakap soal beliau walaupun...

More Articles Like This