30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kilang bahan kitar semula di Klang musnah terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kilang perindustrian melibatkan produk bahan kitar semula di Lorong Sultan Mohamad, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman Klang, musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bilik gerakan operasi negeri telah menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam lebih kurang 1.18 pagi.

“Bertindak atas panggilan itu, seramai 19 anggota bersama jentera pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Sungai Pinang, Andalas dan Subang Jaya telah bergegas ke lokasi kebakaran.

“Setiba di lokasi, siasatan mendapati kebakaran berlaku melibatkan sebuah bangunan setingkat berkeluasan 150x 200 kaki persegi yang merupakan kilang perindustrian bahan kitar semula kelas A,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Tambah beliau, anggaran kemusnahan adalah sebanyak 40 peratus di kilang itu.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bangunan kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan tiada mangsa kemalangan semasa kebakaran berlaku.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal  lebih kurang 1.51 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam lebih kurang 4.15 pagi tadi.

“Kerja-kerja overhaul masih sedang dijalankan oleh pasukan bomba di lokasi kejadian demi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan