31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Jangan cemas, pesawat TUDM terbang rendah mulai esok

Mesti Baca

PESAWAT Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah bermula esok.

TUDM berkata, ia sebagai persiapan bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

“TUDM dipertanggungjawabkan mengetuai acara dan persembahan segmen udara membabitkan pesawat khususnya milik TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Antara aset terbabit termasuk pesawat pejuang, pesawat pengangkut, helikopter dan aset-aset udara pasukan keselamatan lain.

Advertisements

Pesawat-pesawat udara yang terbabit dalam acara gemilang sambutan di peringkat negara ini akan memulakan latihan penerbangan taktikal bermula esok hingga 31 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan.

TUDM berkata, sepanjang latihan dijalankan pesawat berkenaan akan menjalankan penerbangan secara rendah di beberapa kawasan khususnya sekitar kawasan Putrajaya dan ruang udara negeri Selangor.

Orang ramai diminta tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pesawat milik pasukan keselamatan lain melakukan penerbangan rendah sepanjang tempoh latihan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan