Thursday, July 23, 2026

Tiga nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIGA nelayan Vietnam termasuk tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menceroboh perairan negara, sekitar 10 batu nautika dari Kuala Kemaman, pagi semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, bot itu ditahan ketika bot ronda melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Terengganu dan memeriksa bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, dua orang awak-awak bot berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Mereka disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Bot, tekong serta dua awak-awak ditahan dan diiringi masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut,” katanya menerusi Facebook hari ini.

TIga nelayan Vietnam ditahan Maritim Malaysia kerana menceroboh perairan negara. – Edisi9/Maritim Malaysia

Rashidilhadi berkata, kesemuanya warganegara Vietnam berusia antara 30 hingga 57 tahun itu akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat.

“Kami akan memperkasakan penguatkuasaan bagi menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan