26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Sudah genap setahun Najib dipenjara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEJAM celik, pejam celik….

Sudah genap setahun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, anak perempuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu, Noryana Najwa berkata, dalam tempoh setahun itu terlalu banyak kekecewaan, kezaliman yang perlu dilalui.

“Namun begitu, saya masih kagum dengan komitmen anda untuk sentiasa melakukan perkara yang betul dan memilih jalan yang mulia dalam dunia penipuan dan ketidakadilan yang kompleks.

Advertisements

“Anda pernah memberitahu saya bahawa kepimpinan adalah medan perang, penuh dengan luka dan lebam. Hanya pemikiran strategik dan daya tahan yang boleh menyediakan diri seseorang,”kata Noryana Najwa.

Beliau berkata demikian dalam perkongsian yang dimuat naik di Instagram di sini.

Najib dibawa ke Penjara Kajang oada 23 Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.

Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan