26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Program kewangan sosial, iTEKAD dinaikkan kepada RM10 juta

Ini sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membantu golongan asnaf dan miskin muncul sebagai usahawan mikro berjaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERUNTUKAN geran untuk program kewangan sosial, iTEKAD dinaikkan kepada RM10 juta buat usahawan mikro berpendapatan rendah dan dipadankan dengan dana bank serta zakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini sejajar dengan hasrat membantu golongan asnaf dan miskin muncul sebagai usahawan mikro berjaya.

“Saya berharap warga Malaysia yang selama ini mempunyai niat untuk memulakan perusahaan sendiri, namun tidak mempunyai akses kepada kemudahan pembiayaan perbankan, dapat memanfaatkan inisiatif iTEKAD sebagai titik permulaan kehidupan baharu yang bermartabat,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, nilai kesaksamaan merupakan acuan utama dalam pengadunan Ekonomi MADANI.

Advertisements

“Kemiskinan tidak patut menjadi penghalang kepada impian untuk memanjat tangga sosial, dan tidak boleh menjadi beban yang diwarisi turun-temurun.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada organisasi pelabur sosial dan filantropi, syarikat korporat, agensi atau syarikat berkaitan kerajaan, individu dan kelompok masyarakat yang mempunyai keupayaan dan keinginan untuk membantu usahawan mikro agar dapat mempertimbangkan idea untuk menjadi sebahagian daripada usaha inovatif iTEKAD ini,”katanya.

iTEKAD merupakan program yang diwujudkan bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan ke arah menjana pendapatan yang berterusan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan