27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PAC siar nama saksi enggan hadir prosiding

Mesti Baca

JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menyiarkan kepada umum nama-nama saksi yang enggan hadir dalam prosiding PAC, khususnya membabitkan bekas penjawat awam tertinggi.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perlu untuk rakyat mengetahui isu-isu yang disiasat oleh PAC yang tidak mendapat kerjasama daripada bekas pegawai kerajaan.

Katanya, semua mantan kakitangan, khususnya pegawai pengawal dan ketua setiausaha perlu bertanggungjawab dan hadir bagi menjelaskan mengenai isu-isu yang timbul.

Ini kerana hanya mereka yang boleh menjelaskan isu-isu yang timbul semasa mereka menerajui kementerian, jabatan atau agensi kerajaan terbabit.

“Keengganan mantan Pegawai Pengawal/KSU ini untuk hadir ke prosiding PAC adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (a) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347).

“Secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa terdapat perkara yang ingin disembunyikan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Advertisements

PAC sebuah badan berkecuali yang diberikan kuasa untuk menyiasat kewangan kerajaan. Cara mereka beroperasi adalah dengan mengadakan prosiding tertutup.

Walau bagaimanapun, transkrip perbicaraan didedahkan sebaik sahaja PAC merumuskan laporan siasatannya.

Tahun lalu, penyiasatan PAC mengenai isu kapal tempur pesisir (LCS) membawa kepada beberapa keputusan eksekutif untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi mengenai projek kontroversi itu.

Mas Ermieyati turut menggesa kerajaan mewujudkan satu mekanisme yang akan memastikan bekas pegawai pengawal kementerian atau ketua setiausaha akan menghadiri perbicaraan PAC.

“Kehadiran saksi-saksi dalam prosiding PAC adalah platform terbaik untuk mereka (mantan pegawai pengawal/KSU) memberikan penjelasan serta keterangan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh ketua audit negara dalam LKAN,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan