26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Lima selamat, seorang dikhuatiri lemas bot terbalik di Sandakan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama lima penumpang lain karam kira-kira 0.2 batu nautika dari Tanjung Batu, Sandakan, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd. Zuki berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan pada pukul 4 petang semalam bagi mengesan mangsa.

“Mangsa Romy Azlan, 7, berbangsa Suluk dimaklumkan bersama keluarga dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang dengan membawa enam orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak. 

“Bot tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia telah hilang kawalan lalu terbalik,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Zainudin berkata, bot peronda Banggi 14 dan bot Kilat 8 dari Zon Maritim Sandakan telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa. 

Katanya, misi pencarian turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bot nelayan tempatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan ditalian 089-229504 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan