26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

PM merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

Advertisements

“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Dirgahayu Tuanku,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan