Wednesday, July 22, 2026

The 1975: Ketegasan kerajaan patut disokong

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETEGASAN kerajaan dalam menangani isu biadab yang ditunjukkan kumpulan The 1975 dengan membatalkan Festival Good Vibes wajar disokong.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, apa yang dilakukan kumpulan itu adalah sesuatu yang berat.

“Minum arak, perbuatan lucah, hina peraturan (undang-undang) berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) dan mencarut. 

“Mereka sengaja (berbuat demikian). Tegas terhadap penganjur adalah penting. Mereka bertanggungjawab.

“Biar ia jadi pengajaran. Lain kali pilih penghibur yang ada akal dan hormat negara orang. Penganjur jangan fikir untung saja, berani buat berani tanggung. Rugi keruntuhan generasi muda lagi berat,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini. 

Menteri Komunikasi dan Digital semalam memanggil penganjut festival tersebut sebelum mengarahkan supaya penganjurannya dibatalkan serta merta.

Selain itu, Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) telah menyenarai hitam The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, tindakan yang diambil Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu bukan bersifat mencari populariti politik seperti yang didakwa Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

“Tidak payahlah Lian Ker tafsir tindakan itu kononnya kerajaan mahu cari populariti kerana PRN (Pilihan Raya Negeri) sudah dekat. 

“Undang undang tidak mengira masa. Kenyataan Lian Ker dan Wan Saiful itu yang main politik,” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan