31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Siasatan isu 3R babit pemimpin politik siap 70 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERTAS siasatan berkait isu 3R (agama, kaum dan raja) terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telahpun siap 70 peratus selepas keterangan diambil.

Status siasatan ke atas tiga tokoh politi berkenaan disampaikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, ia dijangka akan diserahkan kepada Peguam Negara minggu hadapan.

“Pihak kami telah memanggil kesemua yang terlibat untuk merakamkan keterangan pada 3, 12 dan 14 Julai.

Advertisements

“Setakat ini siasatan berkaitan 3R hanya melibatkan tiga kes ini sahaja yang sangat menarik, selebihnya adalah dua, tiga kes kecil,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sebelum itu beliau hadir pada Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu.

Hadir sama ialah, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Sebelum itu, media melaporkan PDRM mengesahkan telah merekod keterangan Guan Eng dan Abdul Hadi berkaitan isu 3R. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan