30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kematian kanak-kanak: KKM masih tunggu siasatan polis

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan siasatan polis berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa akibat kecuaian di sebuah hospital kerajaan di Klang, Selangor baru-baru ini.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata beliau juga perlu mendapatkan maklumat terperinci daripada semua pihak terlibat sebelum membuat penjelasan lanjut berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu, katanya orang ramai diminta agar tidak menyebarkan info yang tidak sahih dan tidak terpengaruh dengan isu yang tular di media sosial kerana belum tahu cerita sebenar.

“Cuma saya minta supaya rakyat di luar sana lebih berhati-hati dan mendapatkan sumber yang betul… jangan sebarkan perkara yang tidak baik kerana ia akan mewujudkan sentimen yang tidak baik,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program MADANI Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Sungai Petani, Kedah hari ini.

Kisah Dea Maisarah Bada, 10, yang didakwa meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Klang tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai persepsi orang ramai.

Pihak hospital juga didakwa membuat laporan palsu berhubung kematian kanak-kanak itu dengan mengatakan mangsa sudah meninggal dunia ketika dihantar untuk mendapatkan rawatan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan