30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sejam tolak motosikal ke balai

Mesti Baca


IPOH – Sebanyak 98 penunggang motosikal berdepan pengalaman yang sukar dilupakan mereka apabila terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh enam kilometer selepas ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan dekat Taiping, semalam.

Kesemua mereka mengambil masa kira-kira sejam menolak motosikal masing-masing dari Jalan Besar Jelai berdekatan Kampung Jelai ke Balai Polis Batu Kurau.

Penunggang menolak motosikal mereka selepas ditahan polis. Foto IPD TAIPING

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kesemua individu ditahan itu berusia antara 13 hingga 20 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dalam Op Samseng Jalanan yang bermula kira-kira pukul 5 petang.

Advertisements

“Sebanyak 42 motosikal disita, selain 134 saman dikeluarkan dalam operasi itu.

“Polis memeriksa sebanyak 98 motosikal  dalam operasi itu, namun tiada tangkapan dibuat bagi mana-mana peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, begitu juga bagi kesalahan lain seperti jenayah dan narkotik,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Memetik Harian Metro, kesemua yang ditahan terpaksa menolak motosikal kira-kira enam kilometer dari lokasi operasi berhampiran Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Jelai dan sering menjadi tumpuan ‘mat motor’.

Difahamkan, antara kesalahan yang dilakukan adalah modifikasi keterlaluan khususnya pada bahagian ekzos, tiada nombor plat pendaftaran, serta nombor plat tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan