Friday, June 5, 2026

Dua maut, tujuh cedera parah nahas kereta dan bas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA maut manakala tujuh lagi cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), awal pagi tadi. 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Kanan Bomba II, Shahrudin Mohd. Din berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta Proton Wira.

“Jumlah mangsa terbabit yang menaiki bas tersebut adalah 22 individu termasuk dua yang maut iaitu pemandu bas (lelaki) dan penumpang wanita warga Indonesia,”katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai yang juga komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd. Salleh berkata, 13 mangsa (penumpang) lain cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

“Seorang lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam kereta juga selamat.

Sementara itu, menurut akaun Twitter @plustrafik, kemalangan tersebut telah menyebabkan trafik sesak sepanjang enam kilometer ekoran lorong kiri dan tengah terhalang. – BERNAMA

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan