26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Isu 3R: Polis siasat Lim Guan Eng

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan pihaknya telah menerima beberapa laporan polis terhadap Lim Guan Eng berhubung kenyataan terbaharu pemimpin DAP yang dikatakan menyentuh isu  3R (institusi raja, agama dan bangsa).

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Suresh Kumar G. Suppiah berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Bagan itu.

“Siasatan mendapati Guan Eng mengeluarkan kenyataan mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

“Kenyataan tersebut dipercayai dikeluarkan beliau semasa berucap dalam program Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore-Malaysia Tour 2023 di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai 2023 lalu,”katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Suresh, pada 8 Julai pula, sebuah portal berita, MalaysiaNow turut menyiarkan artikel berhubung kenyataan Pengerusi DAP itu.

Advertisements

“Oleh demikian, kertas siasatan dibuka dan siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman ke atas Guan Eng,”katanya.

Ujar beliau, siasatan berkenaan dikendalikan oleh USJT di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana cuba menyebarkanberita yang mampu menimbulan kegentaran dan ketakutan kepada awam yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kes juga sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,”katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan, siasatan masih dijalankan oleh pihak USJT Bukit Aman dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Beliau juga mengingatkan masyarakat tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan