Tuesday, July 21, 2026

Operasi talian COVID-19 CPRC Kebangsaan ditamatkan

Talian berkenaan telah ditamatkan pada 1 Julai lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OPERASI talian COVID-19 Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan telah ditamatkan muali 1 Julai lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, memaklumkan talian yang terlibat ialah Talian Hotline CPRC dan Talian Bantuan Pusat Penilaian COVID -19 (CAC) Maya.

“Berikutan penamatan talian tersebut, sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan COVID-19, orang ramai boleh menghantar e-mel ke [email protected].

“Untuk pertanyaan berkenaan MySejahtera, sila gunakan ‘Interactive Helpdesk’ dalam aplikasi MySejahtera,” menurut hantaran itu.

Susulan penularan wabak COVID-19 sebelum ini, KKM pada Mac 2020 mengumumkan talian hotline CPRC beroperasi 24 jam bagi membolehkan orang ramai mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan COVID-19.

Waktu operasi saluran berkenaan kemudian ditukar kepada jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari pada November 2020. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan