31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Agong zahir takziah kepada keluarga jemaah haji meninggal di Makkah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga empat jemaah haji Malaysia yang telah meninggal dunia semasa mengerjakan haji di Mekah baru-baru ini.

Empat jemaah haji tersebut ialah Salinda Musni Salehan, 56; Mohd Zaini Md Esa, 60; Radzi Taib, 72; dan Bibi @ Hasbi Bujang, 74.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Advertisements

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian keempat-empat jemaah haji itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Seri Paduka berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Jemaah haji negara akan mula berangkat pulang ke tanah air Rabu ini (5 Julai) dan penerbangan akhir dijangkakan pada 31 Julai melibatkan keseluruhan 98 penerbangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan