26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kes harian Covid-19 akan terus meningkat – KKM

Mesti Baca


KUALA LUMPUR  – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes harian Covid-19 di negara ini masih akan meningkat tetapi bukan secara mendadak.  

KKM dalam satu hantaran Facebook memberitahu, nilai kebolehjangkitan virus (RO)  pada permulaan gelombang ketiga iaitu 20 September 2020 adalah 2.2, tetapi dalam tempoh empat minggu ia telah menurun kepada 1.5.  

Katanya, ini bermakna setakat ini usaha yang dijalankan telah dapat mengelakkan peningkatan kes secara mendadak seperti dalam graf unjuran ini (garisan R0 = 2.2).

“Bagaimanapun, jika dilihat pada carta palang  jumlah kes positif Covid-19 KKM yang dilaporkan setiap hari, didapati ia masih mengikuti garisan unjuran nilai R0 = 1.5.

“Oleh itu, boleh dijangkakan kes harian Covid-19 masih akan meningkat tetapi bukan secara mendadak,” kata kenyataan itu, hari ini.

Advertisements

Kata KKM lagi, unjuran itu amat penting kerana ia menunjukkan bahawa masih terdapat ruang bagi masyarakat berusaha mengawal situasi gelombang ketiga ini. 


Katanya, kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan agar masyarakat sekali lagi dapat melandaikan lengkung ini. 


“Gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia ini sememangnya lebih mencabar walaupun kita lebih bersedia dari segi kapasiti dan tindakan kesihatan awam yang dijalankan,” jelasnya.

Nilai R0 merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh kes positif atau hos virus tersebut. 

Misalnya, jika nilai R0 adalah 4, ini bermakna bahawa setiap seorang kes positif boleh menyebarkan penyakit ini kepada empat orang yang lain dalam satu tempoh kebolehjangkitan.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan