Tuesday, July 21, 2026

Harimau Malaya teguh hadapi keputusan FIFA, fokus lawan Laos

FAM menghormati proses perundangan FIFA yang sedang berjalan dan yakin keputusan yang adil dan telus akan dicapai - Rob Friend

Mesti Baca

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui terkejut dengan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengenakan hukuman luar biasa terhadap tujuh pemain warisan negara baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend bagaimanapun berkata, FAM telah mengambil langkah yang sewajarnya berkaitan isu pentadbiran yang dipersoal dan memberi sokongan penuh terhadap proses rayuan yang sedang dijalankan.

“Harimau Malaya kini memberi tumpuan penuh terhadap persiapan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos.

“Fokus kami adalah membentuk pasukan yang kuat, memastikan disiplin, profesionalisme, dan prestasi di atas padang terus mencerminkan semangat dan kebanggaan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Friend berkata, FAM menghormati proses perundangan FIFA yang sedang berjalan dan yakin keputusan yang adil dan telus akan dicapai.

Beliau menyifatkan keputusan FIFA itu adalah detik penentuan bola sepak Malaysia namun menegaskan skuad kebangsaan tetap berdiri teguh bersama para pemain, jurulatih, dan kakitangan untuk melangkah ke hadapan.

Untuk rekod Malaysia dijadual menentang Laos dalam aksi Kelayakan Kumpulan F Piala Asia 2027 di New Laos National Stadium pada 9 Oktober dan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada Jumaat mengumumkan penggantungan setahun terhadap tujuh pemain berkenaan serta denda berjumlah RM1.8 juta terhadap FAM selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Pemain yang dikenakan tindakan ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Alejandro Hevel yang beraksi ketika Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu juga didenda RM10,560.

FAM sebelum ini telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen tujuh pemain warisan yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran badan induk sukan itu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan