Thursday, June 4, 2026

Peniaga air balang gendong isteri sakit dapat perhatian MARA

Dalam keadaan menghidap buat pinggang tahap empat, dia menggendong isterinya yang lumpuh setiap hari dari tingkat empat rumahnya untuk dibawa berjualan bersama.

Mesti Baca

BEBERAPA hari lalu tular satu rakaman temubual seorang pempengaruh dengan peniaga air balang di Pasar Malam Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Dalam temubual itu peniaga berkenaan menceritakan bagaimana dalam keadaan dia menghidap buat pinggang tahap empat menggendong isterinya yang lumpuh setiap hari dari tingkat empat rumahnya untuk dibawa bersama.

Itulah rutin setiap hari Ah Yauddin sambil dibantu oleh anak perempuannya, Alia yang berusia 21 tahun mencari nafkah untuk menyara mereka sekeluarga.

“Dia sihat saya sayang, dia sakit lagi saya bertambah sayang.” 

Itulah ungkapan Ah Yauddin bagi menggambarkan betapa besar pengorbanan dan kasih sayangnya terhadap isteri tercinta sehingga menyentuh hati ramai warganet.

Keluarga Ah Yauddin dikunjungi Asyraf Wajdi Dusuki di Meru, Klang.

Manakala anaknya pula, Siti Nuralia, meluahkan rasa ingin melihat kedua ibu bapanya kembali sihat dan menjalani kehidupan normal sebagai satu keluarga.

Malahan dia meluahkan cita-citanya untuk menjadi guru terpaksa dipendam demi menjaga kedua ibu bapanya yang diuji dengan kesihatan.

“Saya nak sangat belajar tapi siapa yang nak jaga mak yang sakit dan bantu ayah berniaga?” Luah gadis yang mesra disapa Alia dengan sayu.

Katanya, walaupun dia sedih dengan keadaan itu tetapi dia mesti tabah dan kuat demi orang tuanya.

Kisah menyayat hati keluarga Ah Yauddin mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang tampil membela nasib mereka.

Beliau mengunjungi kediaman Ah Yauddin di Meru, Kelang hari ini dengan membawa bersama doktor perubatan dari Unl Klinik dan Unl Farmasi, usahawan di bawah MARA.

“Saya terus menawarkan kepada anaknya, Alia untuk menyambung pengajian dalam bidang konfeksionari dan bakeri di GiatMARA Klang. 

“Belajar di GiatMARA secara percuma selama enam bulan beserta elaun bulanan RM200,” katanya.

Selain itu, Asyraf Wajdi berkata, MARA juga akan membantu Alia untuk menjadi usahawan dengan mendapatkan Geran Perniagaan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berupa mesin dan peralatan membuat roti dan kek bernilai RM6,000. 

MARA juga, katanya, akan membantu menawarkan kursus jangka pendek untuk mempersiapkan Alia sebagai usahawan digital yang mampu memanfaatkan platform media sosial seperti tiktok untuk berniaga.

“Saya percaya hanya ilmu dan kemahiran sahaja boleh merubah kehidupan. Tidak selamanya harus bergantung kepada sumbangan orang ramai ataupun zakat. 

“Sebab itulah MARA lebih terdorong untuk membantu keluarga ini dengan memberikan kail dan melatih bagaimana menggunakan kail untuk memancing bagi kelestarian hidup mereka berbanding memberikan ikan yang hanya dapat dinikmati buat seketika waktu sahaja,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan