Thursday, June 4, 2026

‘Pasport terbang’: Dua pegawai penguat kuasa CIQ BSI ditahan

Tangkapan itu dibuat hasil pemantauan terhadap kumpulan yang bertugas oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) BSI, sejak pukul 3 petang.

Mesti Baca

DUA orang pegawai penguatkuasa telah ditahan di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku ‘pasport terbang’ (flying passport) malam tadi.

Tangkapan itu dibuat hasil pemantauan terhadap kumpulan yang bertugas oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) BSI, sejak pukul 3 petang semalam.

“Penahanan dibuat pada kira-kira jam 7.30 malam oleh pasukan Unit Pematuhan AKPS BSI setelah mengesan beberapa kemasukan data pelawat yang meragukan melalui ID pengguna seorang pegawai yang bertugas di kaunter zon kereta. 

“Unit Pematuhan AKPS BSI turut mengesan data pelawat asing yang berada dalam kategori pelawat bermasalah yang memerlukan tindakan pembetulan ralat oleh penyelia bertugas,” kata kenyataan AKPS hari ini.

Sementara itu, pada pukul 9 malam pula, Unit Pematuhan AKPS BSI telah mengesan tindakan pelepasan ralat terhadap data pelawat bermasalah yang telah dilakukan melalui ID seorang penyelia yang bertugas di zon motosikal.

“Hasil tindakan pemeriksaan yang telah dijalankan di kaunter kereta telah menemukan wang tunai berjumlah RM2,800 serta dua unit telefon bimbit dalam simpanan pegawai,” katanya.

Soal-siasat yang dijalankan telah berjaya membawa kepada penemuan 11 naskah pasport warganegara China dan tiga pasport warganegara Indonesia dalam sebuah beg berwama hitam yang disembunyikan di atas siling kaunter berlainan.

Unit Pematuhan AKPS BSI turut membuat pemeriksaan di kaunter penyelia zon motosikal di mana terdapat seorang penyelia yang sedang bertugas dan hasil pemeriksaan telah menemukan dua unit telefon bimbit yang seterusnya dirampas untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua pegawai tersebut telah ditahan oleh Unit Pematuhan AKPS BSI dan diserah kepada SPRM negeri Johor untuk tindakan lanjut. 

“Kes juga telah dilapor kepada Ketua Unit Integriti AKPS Putrajaya,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan