Tuesday, July 21, 2026

Himpunan ‘Turun Anwar’: PM hargai petugas keselamatan

Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa...

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan yang berjaya mengawal himpunan aman di sekitar Dataran Merdeka di ibu negara hari ini.

Menurut Perdana Menteri, para petugas baik anggota polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan telah melaksanakannya dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancarannya.

“Kepada saudara saudari yang hadir — sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh — saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi,” katanya sebagai reaksi terhadap himpunan membantah pentadbirannya itu

Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri, beliai kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. 

Katanya, kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. 

“Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air,” katanya.

Anwar berkata, prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada beliau secara terus.

“Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT,” katanya.

Beliau turut mengundang semua pihak untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama.

“… tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga,” tegas beliau.

Pasa masa yang sama, Anwar mempelawa orang ramai yang berhimpun di sekitar Dataran Merdeka hari ini untuk kembali ke Kuala Lumpur. 

Katanya, mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran.

Ini bagi meningkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional.

Bahkan  bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Anwar berkata pelbagai aktiviti menarik menanti orang ramai. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan