Wednesday, July 22, 2026

Telco diarah tambah baik perkhidmatan di Sepilok

Walaupun liputan di kawasan tersebut adalah memuaskan, namun terdapat beberapa kawasan menerima liputan yang lemah.

Mesti Baca

PENYEDIA perkhidmatan mudah alih (telco) diminta mengambil tindakan segera bagi menambah baik perkhidmatan mereka rmei kawasan pelancongan Sepilok, Sandakan di Sabah.

Ini kerana menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, walaupun liputan di kawasan tersebut adalah memuaskan, namun terdapat beberapa kawasan menerima liputan yang lemah.

Beliau berkata, sebagai contoh liputan di tempat tumpuan umum seperti di Pusat Pemuliharaan Orang Utan dan Rainforest Discovery Centre memuaskan namun lokasi kaunter penerimaan dan klinik veterinar pula adalah lemah

“Sehubungan dengan itu, telco yang terlibat telah diminta untuk mengambil tindakan segera sebagai langkah persediaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sebelum itu, Fahmi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan sesi pengujian kualiti liputan komunikasi di Sepilok untuk menilai prestasi perkhidmatan rangkaian mudah alih dan kualiti Internet sedia ada.

Pengujian ini telah dijalankan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang berada di bawah seliaan Jabatan Hidupan Liar Sabah, manakala Rainforest Discovery Centre pula diseliakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

Katanya, program tersebut melibatkan beberapa telco iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL dan TM Tech.

Di kesempatan itu, Fahmi turut mengadqkan sesi libat urus bagi mengenal pasti kerjasama antara pusat pelancongan utama di bawah kelolaan kerajaan negeri Sabah dengan Kementerian Komunikasi.

Ini dalam usaha menjadikan industri pelancongan berkembang pesat dengan bantuan capaian komunikasi dan Internet yang lebih baik.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa; Anggota Suruhanjaya MCMC, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan