Tuesday, July 21, 2026

Harga RON97, diesel dikurangkan 5 sen mulai esok

Mesti Baca

KERAJAAN hari ini mengurangkan harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel bagi Semenanjung sebanyak 5 sen bermula tengah malam ini sehingga 16 April.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataannya berkata, dengan pengurangan tersebut menjadikan harga RON97 turun kepada RM3.28 seliter manakala diesel bagi Semenanjung kepada RM2.98 sen seliter.

Menurut MOF, pengurangan harga bagi kedua-dua produk bahan bakar itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, harga bagi petrol RON95 kekal pada harga RM2.05 seliter manakala harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal RM2.15 seliter.

MOF berkata, kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan