SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang mengesan dua orang saksi penting bagi membantu siasatan dalam kes yang sedang dijalankan badan itu.
Mereka ialah Faisal A. Hamid, 54, dan Khairullah Ahmad, 51, kedua-dua berasal dari Johor.
“Sehubungan itu, pihak EAIC memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mana-mana individu di atas atau yang mengenali mereka untuk menghubungi pihak EAIC dengan kadar segera,” kata EAIC dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Abdul Faizzani Abdul Aziz di talian 019-232 5569.
Katanya, kerjasama orang awam amat dihargai bagi membantu kelancaran proses siasatan serta menyokong usaha EAIC dalam memastikan integriti dan akauntabiliti agensi penguatkuasaan di negara ini. – Edisi 9

