Tuesday, July 21, 2026

Siasatan SPRM: Ismail Sabri jamin beri kerjasama penuh 

Ismail Sabri memberi keterangan kira-kira lima jam di Ibu Pejabat SPRM bermula pukul 9.45 pagi sehingga 3.13 petang

Mesti Baca

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa beliau akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai.

Oleh itu, Ahli Parlimen Bera itu hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini untuk memberikan keterangan.

“Hari ini, saya telah hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan keterangan

“Saya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai,” kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memberi keterangan selama kira-kira lima jam di Ibu Pejabat SPRM bermula pagi tadi kira-kira pada jam 9.45 pagi dan keluar kira-kira pada jam 3.13 petang tadi.

Media semalam melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sijil cuti sakit Ismail Sabri berakhir hari ini.

Berikutan itu, beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapan berdasarkan siasatan sedang dijalankan.

Selain itu, saksi-saksi tambahan juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat secara gradual ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Pada 3 Mac, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah safe house susulan serbuan dilakukan pihaknya.

SPRM ditemukan 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggar bernilai RM7 juta serta menyita 13 akaun bagi membantu siasatan kes berkenaan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan