Wednesday, July 22, 2026

Dr Akmal nak hadiahkan cermin kepada Sanusi 

Tular video ucapan Sanusi ketika Pelancaran Jentera PN sempena PRK Ayer Kuning yang berseloroh mahu menghadiahkan kain batik bercorak roket kepada Pemuda UMNO.

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mahu menghadiahkan cermin kepada Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, hadiah berkenaan supaya individu itu dapat mencerminkan dirinya terlebih dahulu yang suatu ketika pernah berkawan dengan DAP.

“Saya nak hadiahkan cermin untuk Sanusi, supaya dia tengok balik ketika dia berkawan dengan DAP dulu.

“Ada ke PAS tegur DAP, macam Pemuda UMNO tegur DAP hari ini,” katanya dalam rakaman video menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, malah parti itu didakwa pernah menganggap pemimpin DAP sebagai khalifah.

Terdahulu, tular video ucapan Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah iti hketika Pelancaran Jentera Air Kuning PN Air yang berseloroh mahu menghadiahkan kain batik bercorak roket kepada Pemuda UMNO.

Katanya, mendakwa Barisan Nasional (BN) sanggup ‘membuang’ PN dan lebih memilih DAP yang dimusuhi berpuluh tahun untuk menjadi rakan sebilik, rakan selimut dan sekarang rakan sebantal. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan