29.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

PM akan pastikan kek ekonomi dinikmati segenap lapisan rakyat

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan seluruh jentera Kerajaan Madani akan memastikan kek ekonomi akan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Menurut Perdana Menteri, ini termasuk para pekebun kecil, petani, nelayan dan pemain industri pertanian serta rantaian bekalan makanan negara.

“Titah Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim) jelas menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memastikan pentadbiran kerajaan berjalan lancar dan terus membawa masuk pelbagai peluang pelaburan agar kemajuan ekonomi negara dapat dinikmati dan dimanfaatkan rakyat jelata.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Madani akan memastikan kek ekonomi ini digunakan untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat termasuk pekebun kecil, petani, nelayan dan pemain industri pertanian serta rantaian bekalan makanan negara,” katanya menerusi media sosial beliau hari ini.

Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja pada Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 hari ini memuji usaha Perdana Menteri dan kerajaan atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan dan berharap ia terus dipertingkatkan.

“Namun begitu, kerajaan hendaklah menentukan agar prestasi baik ini membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat, dan bukan hanya memberi keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja,” titah Seri Paduka Baginda.

Advertisements

Sultan Ibrahim turut menyeru kerajaan terus membantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan serta mengambil tindakan proaktid bagi memperkasa sektor pertanian, komoditi dan rantaian bekalan makanan.

Seri Paduka Baginda dalam titahnya menyambut baik pendekatan subsidi bersasar yang telah berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.

“Namu saya menggesa agar subsidi bersasar tersebut diagihkan dengan cekap dan berkesan kepada kumpulan yang benar-benar layak sahaja,” titah Sultan Ibrahim.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 18 hari, yang menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja selama tujuh hari bermula esok.

Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari manakala persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 3 Mac. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

M & A Value Partners dan CEFO bekerjasama perkenal LGOF

M & A Value Partners Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. (M & A Value Partners) firma pengurusan pelaburan dan...

Lagi Artikel Berkaitan