27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Kerajaan perlu tegas bendung budaya fitnah dalam talian – Agong

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu kerajaan tegas membendung budaya fitnah dan hasutan dalam talian serta media sosial yang semakin membimbangkan.

Dalam Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 di Parlimen hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah, budaya tersebut telah menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.

“Oleh itu kerajaan perlu tegas dalam membendung budaya ini dan bersikap proaktif untuk memberikan maklumat yang betul dan dipercayaai,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dalam talian atau scammer dan pencurian identiti.

Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi dan digital.

Titah Seri Paduka Baginda, pengukuhan infrastruktur dan ekonomi digital, peningkatan keselamatan siber serta penggunaan teknologi terkini hendaklah dilaksanak segera.

Advertisements

“Sistem perkhidmatan kerajaan juga hendaklah dinaik tarag menggunakan teknologi digital yang lebih cekap dan telus.

“Ini bagi membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa serta budaya “red tape”yang menyusahkan urusan rakyat,” titah Sultan Ibrahim.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 18 hari, yang menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja selama tujuh hari bermula esok.

Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari manakala persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 3 Mac. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan