Friday, June 5, 2026

Hasil suku ke suku Leon Fuat berkembang 6.8 peratus

Pengeluar dan peniaga produk keluli bergulung panjang dan rata itu merekodkan hasil sebanyak RM246.04 juta bagi suku keempat 2024.

Mesti Baca

LEON Fuat Berhad, pengeluar dan peniaga produk keluli yang mengkhusus dalam keluli bergulung panjang dan rata, telah merekodkan
hasil sebanyak RM246.04 juta, bagi suku keempat 2024, kekal agak konsisten dengan peningkatan 2.3 peratus daripada RM240.57 juta pada suku sama tahun lalu.

Walaupun hasil meningkat, keuntungan kasar merosot sebanyak 37.3 peratus kepada RM14.59 juta, turun daripada RM23.26 juta pada suku keempat 2023.

Ini terutamanya disebabkan oleh margin untung kasar yang lebih rendah sebanyak 7.7 peratus berbanding 10.7 peratus pada suku yang sama sebelumnya, di samping inventori yang lebih tinggi yang diturunkan nilai sebanyak RM4.32 juta.
 
Kumpulan melaporkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM5.31 juta bagi suku tersebut, berbanding keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM6.81 juta pada suku keempat 2023.

Penurunan ini disebabkan terutamanya oleh keuntungan kasar yang lebih rendah ditambah dengan kos operasi yang lebih tinggi, yang meningkat sebanyak RM3.31 juta daripada suku keempat 2023.

Ini terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan berkaitan kakitangan yang lebih tinggi, peningkatan pelaburan dalam sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) dan tambahan bersih kerugian kemerosotan nilai pada instrumen kewangan.

Tambahan pula, kos kewangan meningkat sebanyak RM0.47 juta, mencerminkan penggunaan kemudahan kredit yang lebih tinggi.
 
Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvin Ooi Shang How berkata, tahun kewangan 2024 telah menjadi tahun yang ditandai dengan ketidaktentuan ekonomi, penstrukturan semula kos dan turun naik harga.

“Bagaimanapun, keupayaan kami untukmengekalkan pertumbuhan hasil, terutamanya dalam segmen pemprosesan, mencerminkan kekuatan perniagaan kami dan komitmen kami terhadap kecekapan operasi,” katanya dalam kenyataan di Shah Alam hari ini.

Beliau menambah, memasuki TK2025, syarikat kekal optimistik dengan berhati-hati, disokong oleh unjuran pemulihan ekonomi Malaysia dan keadaan perdagangan global yang bertambah baik.

“Dengan usaha berterusan dalam pengoptimuman kos, pengurusan inventori dan inisiatif perniagaan strategik, kami meletakkan kedudukan kami untukmenstabilkan dan meningkatkan keuntungan kami pada tahun akan datang,” katanya.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan