Thursday, June 4, 2026

Cikgu Kor, mantan ADUN Kemasik meninggal dunia

Mesti Baca

MANTAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Terengganu, Datuk Abu Bakar Ali meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara petang ini.

Abu Bakar, 83, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kor menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.40 petang di sisi isteri dan anak-anak beliau.

Menurut salah seorang anaknya, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada 23 Januari lalu bagi mendapatkan rawatan akibat masalah jantung.

Katanya, sejak itu rawatan demi rawatan telah dijalankan namun tahap kesihatan bapanya semakin merosot, lemah dan uzur.

Pada 15 Februari lalu, Allahyarham disahkan terkena stroke dan dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Khamis lalu, Allahyarham kelihatan ceria ketika diziarahi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walaupun keadaannya lemah.

Allahyarham menjadi ADUN Kemasik selama lima penggal sejak 1986 sehingga 2008 sebelum memberi laluan kepada muka baharu untuk bertanding.

Sementara itu, Edisi 9 difahamkan jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kemaman, Terengganu malam ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor, Kerteh pagi esok. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan