23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Jenayah siber semakin serius, ancam masa depan negara

Mesti Baca

Fazrina K
Fazrina K
Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawanan bersama syarikat media terkemuka. Pengkhususan dalam penulisan rencana, laporan khas dan analisis isu-isu semasa.

AMAT menakutkan apabila menyaksikan dunia kini mengalami perubahan yang begitu drastik dalam landskap jenayah.

Jika dahulu jenayah berlaku di jalanan dengan bentuk fizikal seperti rompakan dan serangan, kini jenayah telah berpindah ke alam maya, menjadikannya lebih halus tetapi jauh lebih meluas ke bilik tidur anak-anak kita.

Jenayah siber seperti penipuan kewangan, eksploitasi kanak-kanak, pencerobohan data, penyebaran berita dan maklumat palsu serta buli siber kini menjadi ancaman nyata yang membahayakan masyarakat dan masa depan negara.

Ancaman ini tidak lagi mengenal batas usia atau latar belakang, dan kesannya mampu merosakkan kehidupan mangsa secara drastik.

Salah satu isu yang sangat signifikan dengan masyarakat hari ini adalah pengabaian dan eksploitasi kanak-kanak dalam talian.

Ia adalah salah satu jenayah siber yang paling membimbangkan kerana platform media sosial dan aplikasi permainan sering menjadi tempat di mana penjenayah menyasarkan kanak-kanak melalui penyamaran.

Sebagai contoh, baru-baru ini kita dikejutkan dengan tangkatan 13 lelaki tempatan berusia 20 dan 74 tahun kerana menyimpan lebih 40,000 kandungan berupa penganiayaan seksual kanak-kanak dan pornografi dewasa.

Tangkapan itu hasil kerjasama bersepadu antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi operasi yang digelar Op Pedo.

Sebelum ini kita juga dikejutkan dengan laporan penderaan seksual dan pengabaian kanak-kanak di rumah penjagaan milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).

Dalam operasi ini, seramai 625 mangsa berusia antara dua hingga 28 tahun telah diselamatkan, dan lebih 400 individu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Dua kes ini telah membuka mata masyarakat akan bahaya jenayah siber dalam talian terutama yang melibatkan kanak-kanak di negara ini perlu diberi perhatian serius.

Kegiatan penganiayaan seksual kanak-kanak dan pornografi yang berjaya dibongkar PDRM dan MCMC baru-baru ini.

Itu belum lagi kes-kes melibatkan individu seperti kisah seorang kanak-kanak yang diculik selepas menjalin hubungan melalui aplikasi permainan dalam talian di mana maklumat peribadinya telah digunakan oleh penjenayah untuk merancang serangan.

Kes ini bukan sahaja terhenti di situ, ia memberikan satu lagi kebimbangan bahawa jenayah bukan sahaja terhenti dengan penyebaran gambar lucah, malah eksploitasi seksual melibatkan kanak-kanak adalah semakin menjadi-jadi di negara ini.

Jenayah siber ancaman keselamatan dan nyawa

Selain individu, organisasi juga menjadi sasaran utama jenayah siber.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat isu serangan ransomware terhadap hospital tempatan, di mana sistem hospital digodam dan data pesakit disekat melainkan tebusan dibayar.

Serangan seperti ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan tetapi juga meletakkan nyawa pesakit dalam bahaya akibat gangguan operasi.

Buli siber adalah bentuk jenayah juga memberi kesan psikologi yang mendalam kepada mangsa, terutamanya remaja.

Kes seperti seorang pelajar sekolah yang mengambil nyawanya sendiri selepas menjadi mangsa buli siber selama berbulan-bulan adalah peringatan tragis betapa seriusnya ancaman ini.

Penghinaan, ancaman, dan penyebaran fitnah di media sosial bukan sahaja merosakkan reputasi mangsa tetapi juga meninggalkan trauma jangka panjang.

Kerajaan MADANI memahami bahawa jenayah siber kini menjadi ancaman utama yang perlu ditangani dengan pendekatan tegas.

Usaha seperti memperkenalkan undang-undang keselamatan siber yang lebih ketat dan melibatkan platform digital dalam tanggungjawab kawalan kandungan adalah langkah penting.

Kerajaan juga berusaha meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya jenayah siber, mendorong rakyat untuk melaporkan aktiviti mencurigakan, dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa untuk membanteras rangkaian jenayah siber global.

Advertisements

Langkah kawalan akses internet yang diperkenalkan oleh kerajaan bukan bertujuan menyekat kebebasan rakyat, tetapi untuk memastikan ruang siber yang lebih selamat.

Dengan mengambil tindakan terhadap platform yang cuai dan mewajibkan pemantauan kandungan yang lebih ketat, kerajaan berharap untuk meminimumkan risiko jenayah siber.

Wechat dan Tiktok, pengendali media sosial terawal diberikan lesen operasi di Malaysia. – Gambar hiasan

Langkah ini juga diharapkan dapat menghalang jenayah yang mampu mengorbankan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kesemua ini membuktikan bahawa jenayah siber bukanlah isu kecil. Ia adalah ancaman serius yang memerlukan kerjasama dari semua pihak, termasuk kerajaan, platform digital, dan masyarakat, untuk membentuk persekitaran dalam talian yang lebih selamat.

Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, keselamatan dalam talian menjadi isu utama yang memerlukan perhatian serius. Memikirkan keadaan hal itu, Kerajaan MADANI meletakkan keselamatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan tanpa kompromi.

Langkah mewajibkab penyedia plaform media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pelanggan adalah antara tindakan bagi membendung jenayah siber yang wajar diberi sokongan sepenuhnya oleh semua pihak.

Keselamatan siber bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Dengan peningkatan penggunaan internet dalam setiap aspek kehidupan, ancaman siber seperti pencerobohan data, penipuan dalam talian, dan serangan siber semakin menjadi kebimbangan global.

Langkah Kerajaan MADANI kawal kegiatan jenayah siber

Kerajaan MADANI menerusi MCMC mengambil langkah proaktif untuk memastikan ruang siber di negara ini selamat dan terkawal.

Usaha ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan rakyat dan kesediaannya untuk mengawal akses internet demi kebaikan bersama rakyat Malaysia.

Langkah ini tidak hanya melindungi rakyat tetapi juga memperkukuhkan kepercayaan terhadap ekonomi digital negara.

Kanak-kanak dan kumpulan rentan seperti warga emas sering menjadi sasaran mudah bagi jenayah dalam talian. Kes eksploitasi, penipuan, dan buli siber kini bukan lagi isu terpencil, tetapi fenomena yang memerlukan perhatian serius.

Usaha kerajaan untuk memperkenalkan peraturan ketat terhadap platform digital adalah langkah tepat untuk melindungi golongan ini.

Pendidikan kepada ibu bapa dan penjaga tentang keselamatan dalam talian turut diberi penekanan agar kanak-kanak dapat menggunakan internet dengan lebih selamat.

Kerajaan berharap dengan kawalan akses internet yang lebih berstruktur, kumpulan rentan ini dapat dilindungi daripada ancaman yang semakin kompleks.

Platform media sosial dan perkhidmatan dalam talian memainkan peranan besar dalam membentuk pengalaman pengguna.

Oleh itu, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan platform mereka tidak digunakan sebagai medium jenayah siber.

Kerajaan MADANI menekankan bahawa undang-undang dan peraturan yang diperkenalkan bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara, tetapi memastikan platform lebih bertanggungjawab terhadap kandungan dan interaksi di dalamnya.

Ini adalah usaha untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan kondusif untuk semua pengguna.

Keselamatan dalam talian bukan lagi pilihan tetapi tanggungjawab bersama. Usaha kerajaan MADANI melalui MCMC untuk melindungi rakyat Malaysia adalah satu langkah yang harus disokong oleh semua pihak.

Dengan sokongan media, portal berita, dan rakyat, kita dapat membentuk ruang siber yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Syabas kepada kerajaan MADANI kerana komitmen ini, dan mari kita bersama-sama menjayakan usaha ini demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan rakyat serta usaha mengawal akses internet untuk melindungi masyarakat adalah bukti jelas komitmen kerajaan terhadap masa depan Malaysia yang lebih selamat dan harmoni. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan