23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

ZTE Global dari China minat tingkat infrastruktur digital luar bandar

Mesti Baca

SEBUAH syarikat telekomunikasi dan penyelesaian teknologi dari China, ZTE Global berhasrat untuk meningkatkan infrastruktur digital di Malaysia khususnya di kawasan luar bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Xu Ziyang ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di Putrajaya petang semalam.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu mereka mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkara berkaitan rangkaian 5G dalam memacu pertumbuhan ekonomi, sekali gus memangkin negara sebagai hab inovasi, bandar pintar dan teknologi generasi akan datang. 

“ZTE Global menyatakan hasrat dalam mewarnai landskap digital di Malaysia bagi meningkatkan  infrastruktur kesalinghubungan luar bandar sekaligus merapatkan jurang digital miskin bandar dalam memacu pembangunan inklusif ketersediaan rangkaian di Malaysia dan menjadikan Malaysia hub digital kecerdasan buatan (AI),” katanya menerusi media sosialnya malam tadi.

Advertisements

Perdana Menteri berkata, gabungan keupayaan infrastruktur rangkaian dan kepakaran digital tempatan bersama teknologi daripada ZTE telah dibuktikan melalui ujian kepantasan 5G di dunia yang mencatat kelajuan luar biasa sebanyak 28Gbps. 

Beliau berkata, lebih menarik, ZTE Global telah beroperasi di lebih daripada 160 negara sebagai peneraju global dalam bidang telekomunikasi dan penyelesaian teknologi. 

“ZTE Global juga telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2004 dengan kepakaran dalam memacu inovasi 5G yang dilengkapi keupayaan AI bagi menyokong inisiatif yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi di negara ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan