24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

BN perlu dijenamakan semula, bina kembali identiti – Zahid

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

BARISAN Nasional (BN) perlu dijenamakan semula bagi mencerminkan transformasi yang selari dengan cabaran semasa untuk membangunkan kekuatan sebenar dan memperkukuhkan kepercayaan rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan pendekatan proaktif, inklusif, dan inovatif, parti itu mesti membina semula identitinya sebagai kuasa dinamik dalam politik Malaysia dengan naratif yang sesuai dengan kehendak zaman.

“Pendekatan Brand Humanization contohnya boleh memperkukuhkan usaha ini dengan menunjukkan sisi BN yang lebih mesra dan manusiawi.
“Pemimpin perlu turun padang, berkongsi cerita dan menunjukkan empati
terhadap rakyat. Sikap rendah hati ini akan menjadikan BN lebih dekat di hati masyarakat.

“Penjenamaan semula perlu disokong dengan strategi moden seperti memperbaharui slogan, bahan kempen, dan pengisian media sosial – sekaligus mencerminkan era baharu yang lebih dekat dengan aspirasi anak muda dan generasi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Jubli Emas BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Barisan kepimpinan empat peringkat yang menghadiri sambutan Jubli Emas BN di WTC Kuala Lumpur.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, 50 tahun ke hadapan, BN perlu menyusun semula hala tuju dengan visi dan misi yang jelas, selaras dengan aspirasi Malaysia yang berpaksikan masa depan.

Katanya, kesesuaian strategi, gerak kerja dan tindakan perlu mengikut kepada acuan masyarakat yang rencam dan pelbagai.

Advertisements

“Dahulu, pendekatan kita lebih tertumpu pada cara tradisional dalam menyantuni rakyat.

“Kini, BN perlu berubah menjadi parti berasaskan data, memanfaatkan teknologi terkini untuk memahami sentimen dan corak
pemikiran rakyat,” kata beliau.

Malahan, kata Zahid, BN juga perlu mengamalkan budaya politik baharu yang mengutamakan meritokrasi dan intelektualisme.

Katanya, pemimpin harus menjadi penyelesai masalah yang cekap dan fokus kepada dasar berimpak besar kepada rakyat.

Seterusnya, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, selain mempererat hubungan dengan rakan politik, BN juga perlu memperkukuh gerakan akar
umbi, membina kepercayaan rakyat, serta menangani cabaran masyarakat dengan pendekatan inklusif dan aspirasi bersama.

“Pendekatan pemilihan calon juga perlu diperkemaskan dengan memberi keutamaan buat mereka yang aktif di lapangan.

“Kejayaan di Nenggiri dan Mahkota adalah tindakan yang tepat mengikut kehendak rakyat. Jadi, kita susun sebaiknya, kenal pasti calon berpontensi lebih awal.

“Saya yakin dengan gerak langkah baharu ini, BN mampu menjadi sebuah kuasa dinamik yang merapatkan jurang tradisional, sekali gus mencorakkan hala tuju parti yang lebih kukuh dan berdaya saing,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan