30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Tiada lagi kenderaan NGV di jalan raya mulai Julai 2025

Mesti Baca

SEMUA kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api gas asli mampat (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di atas jalan raya bermula 1 Julai tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat atas dasar keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas yang menjadi pembekal tunggal NGV di negara ini akan menamatkan bekalan runcit bahan api kenderaan itu secara berperingkat sebelum penamatan sepenuhnya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, tempoh kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah di antara tahun 1995 sehingga 2014.

“Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terlibat pada hari ini telah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti.

“Tangki-tangki NGV ini mempunyai had tempoh penggunaan selamat dalam lingkungan 15 tahun, dan sekiranya tidak diganti, ia tidak selamat digunakan dan boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa sahaja yang boleh mendatangkan bahaya kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda yang dahsyat,” katanya hari ini.

Advertisements

Anthony berkata, terdapat segelintir pengguna yang telah mengubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas memasak (LPG) yang amat berbahaya dan telah mendatangkan risiko kemalangan dan letupan sebelum ini.

Katanya, silinder LPG hanya mempunyai tekanan sekitar 7 bar/100 psi berbanding tangki NGV yang mempunyai tekanan sehingga 220 bar/3,200 psi.

Tindakan pengguna menggunakan tangki LPG kerana penggantian komponen tulen memakan kos yang tinggi iaitu sehingga melebihi RM7,000 bagi satu kenderaan.

“Menyukarkan lagi keadaan, alat ganti NGV terutamanya tangki tulen sama ada sudah tiada lagi, atau amat sukar diperolehi di pasaran tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV) telah mengambil inisiatif menyediakan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV untuk kumpulan sasar yang terjejas.

Antaranya, kata beliau, pemandu kenderaan teksi NGV, para pemilik kenderaan bahan api tunggal dan juga dwi bahan api NGV. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan