Thursday, June 4, 2026

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke atas beberapa pegawainya kerana disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam hal integriti, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbukti melakukan salah laku. 

“Jabatan ini mengesahkan bahawa pihak EAIC telah hadir ke Ibu Pejabat JIM untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dakwaan pelanggaran integriti oleh Pegawai Imigresen. 

“Pihak Jabatan menyerahkan kepada pihak EAIC untuk menjalankan siasatan lanjut dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil. 

“Tindakan tegas akan diambil, tanpa mengira pangkat atau jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakarian berkata, pihaknya memandang serius dan sentiasa komited dalam memastikan tiada pelanggaran integriti.

Katanya, ini selaras dengan fokus utama JIM iaitu meningkatkan tatakelola, tadbir urus, disiplin dan integriti bagi memperbaiki imej dan reputasi jabatan itu agar kembali dihormati dan disegani.

Malahan orang awam dialu-alukan untuk melaporkan salah laku Pegawai Imigresen melalui talian 03-8801246 atau melalui e-mel [email protected] atau hadir sendiri ke Aras 4, Bahagian Integriti, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan