Monday, July 20, 2026

Seludup PATI guna taktik ‘ahli sukan’ berjaya ditumpaskan

Mesti Baca

TAKTIK licik sindiket menggunakan acara sukan yang tidak wujud untuk menyeludup masuk warga Bangladesh ke negara ini gagal apabila tindakan mereka berjaya dihidu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Akibatnya seramai 21 orang lelaki Bangladesh ditahan di Maluri, Cheras hasil satu operasi yang dijalankan oleh JIM membabitkan para pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, modus operandi sindiket adalah membawa masuk warganegara asing terutamanya warganegara Bangladesh dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan berpakaian sukan.

Mereka juga menempah tiket untuk pulang semula ke Bangladesh dan bilik di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur sehari sebelum tarikh perlawanan semasa masuk ke Malaysia untuk mengaburi pihak berkuasa. 

“Kadar bayaran yang dikenakan oleh sindiket adalah sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 untuk setiap orang. Sindiket dipercayai telah beroperasi selama empat bulan,” katanya hari ini.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai sebagai sindiket. 

Katanya, dua lelaki warganegara Bangladesh yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) manakala seorang lelaki lagi telah tinggal lebih masa. 

“Turut ditahan di lokasi yang sama seramai 18 orang lelaki warganegara Bangladesh. Kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 21 hingga 33 tahun,” katanya.

Warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 15(4), Seksye. 56(1)(i) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peratutan-Peraturan Imigresen 1963. 

Manakala dua lelaki warganegara Malaysia diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan