Monday, July 20, 2026

Penyertaan adik Zahid dalam Pas tak jadi kudis kepada UMNO 

Mesti Baca

PENYERTAAN Abdul Hakim Hamidi, adik kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyertai Pas sedikit pun tidak menjadi kudis kepada UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Hakim bukanlah seorang tokoh penting dalam parti itu berbanding nama-nama besar UMNO lain yang pernah menyertai Pas.

Beliau berkata, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang merupakan Naib Presiden UMNO dan Tan Sri Annuar Musa, bekas Setiausaha Agung parti itu jauh lebih layak jika Pas mahu menjadikannya sebagai “hari yang bersejarah”.

“Hakim bukan heavyweight. Mungkin pandai berniaga. Pas jangan lebih sudu dari kuah.

“UMNO tidak hairan Hakim masuk Pas. UMNO jalan terus. Mad Tyson (Muhammad Muhammad Taib) kembali kepada UMNO. Kita tunggu Annuar Musa. Apa Pas dapat darinya. Kalah lagi teruk di Nenggiri,” katanya hari ini.

Beliau mengulas keputusan Hakim yang menyerahkan borang keahlian Pas kepada Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki menerusi media sosial semalam.

Mohd Puad berkata, parti lain termasuk UMNO tidaklah heboh apabila menerima orang baharu termasuk daripada kalangan tokoh-tokoh penting parti lawan, berbanding Pas.

Sebagai contoh, katanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang juga adik kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding atas tiket Amanah di DUN Cempaka pada 2018.

Malahanal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, beliau bertanding pula di Parlimen Pasir Salak atas tiket PKR.

“(Bekas) Presiden Pas, Datuk Asri Muda jadi ahli UMNO dari 1989 hingga dia meninggal dunia tahun 1992. 

“Datuk Dr Khairuddin Aman Razali bekas ahli Parlimen Kuala Nerus juga menyertai UMNO. Dia bekas Setiausaha Dewan Ulamak Pas dan Menteri Komoditi.

“Tidak ada apa dalam Pas baik manis iman, survival politik atau perjuangan Islam. UMNO tidak hairan siapa keluar parti. Di bawah Zahid, UMNO punyai bargaining power (kuasa tawar-menawar) sendiri,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan