25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Penulen air eSpring Amway kurangkan sisa farmaseutikal

Mesti Baca

AMWAY, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang diterajui usahawan, telah memperkenalkan Penulen Air eSpring baharunya untuk membantu memerangi pengambilan mikroplastik berbahaya, sisa farmaseutikal dan bahan cemar lain daripada penggunaan air secara berkesan.

Pelancaran Penulen Air eSpring baharu Amway di Malaysia ternyata tepat pada masanya dengan mengambil kira kebimbangan dari segi kesihatan yang kian meningkat terhadap bahaya penggunaan mikroplastik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dikuasakan oleh teknologi LED UV-C terkini, Penulen Air eSpring baharu Amway bukan sahaja mengurangkan mikroplastik. 

Ia berkesan untuk mengurangkan lebih daripada 170 bahan cemar berukuran sekecil 0.2 mikron (atau 300 – 500x lebih kecil daripada sehelai rambut manusia), termasuk 145 bahan cemar yang menjejaskan kesihatan.

Tambahan pula, penuras baharu itu sudah terbukti dapat menuras 19 produk sampingan farmaseutikal – bagi menyediakan Air Sihat untuk Kehidupan Sihat. 

Berdasarkan kajian terkini yang dijalankan di Putrajaya, sehingga 3.8ng/L daripada sembilan kepekatan farmaseutikal telah dikesan dan ditemui dalam sampel air minuman harian yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan risiko kesihatan 2.

Di samping menangani mikroplastik dan sisa farmaseutikal berbahaya, Penulen Air eSpringTM baharu Amway sudah terbukti oleh NSF mampu menghapuskan bakteria sehingga 99.9999%, virus sehingga 99.99%, dan sista bawaan air sehingga 99.9%. 

Advertisements

Penghapusan bahan cemar berbahaya dengan berkesan, memastikan air minuman mereka bersih dan sihat dengan rasa yang tepat dan mineral yang bermanfaat.

“Perjalanan kesihatan dan kesejahteraan diri kita bermula dengan air yang bersih. Mempunyai tubuh yang sihat merupakan salah satu komponen utama untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum,” kata Mike Duong, Pengarah Urusan, Amway Malaysia & Brunei, Indonesia, dan Singapura.

“Amway memberi sokongan kepada kesejahteraan fizikal pengguna menerusi inovasi yang memanfaatkan kuasa mikrobiom, bahan berasaskan tumbuhan dan fitonutrien, serta menyediakan laluan untuk meningkatkan minda yang sihat menerusi empati dan pemahaman mengenai sinergi tubuh dan minda,” tambah beliau.

Memandangkan perihal kemampanan terus menguasai perbualan utama masa ini, Amway mendahului dengan produk berwawasan yang dilengkapi teknologi LED UV-C direka untuk bertahan sehingga 10 tahun atau 500 jam (yang mana terdahulu). 

Justeru, tiada keperluan untuk pelupusan lampu UV tahunan, dengan 25% pengurangan tenaga apabila dalam mod aktif untuk merawat sehingga 5,000L air setahun, yang bersamaan dengan air dalam 10,000 botol plastik 500ml sekali guna yang akan dibuang. 

Penulen Air eSpring baharu ini merupakan jenama pertama dan satu-satunya yang menawarkan sistem rawatan air karbon/UV atas kaunter untuk keempat-empat Piawaian NSF/ANSI: 42, 53, 55 dan 401. 

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan