27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

Pemaju degil buka tanah tanpa kelulusan EIA didenda RM400,000

Mesti Baca

SEBUAH syarikat pemaju yang pernah didenda kerana menjalankan pembukaan tanah dan beroperasi tanpa kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) pada 2021, sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama, semalam.

Syarikat terbabit, Obor Hasil Sdn Bhd, yang menjalankan aktiviti agro-pertanian dan agro-pelancongan di alamat PT24738 dan PT24739 di Sungai Raia, Kinta Perak didenda sebanyak RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, syarikat terbabit telah di tuduh di bawah seksyen 34AA(2)(c) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah seksyen 34AA(3)(a) akta yang sama.

Syarikat terbabit yang diwakili pengarah syarikat, Beh Yong Seng telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

“Hakim Azizah Ahmad telah mensabitkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak Obor Hasil Sdn Bhd dan telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM 400,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

JAS Perak berkata, pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JAS Negeri Perak, Harmanisham Ishak dan S. Pravin Segaran.

Pada 21 April 2021, premis tersebut telah telah diberikan Perintah Larangan dengan bersyarat di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kerana telah menjalankan pembukaan tanah dan beroperasi tanpa terlebih dahulu mendapatkan EIA.

JAS Perak berkata, aktiviti yang dijalankan ialah pengubahan hutan pada ketinggian 300 meter atau lebih di atas purata aras laut kepada kegunaan lain tanah meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.

Justeru, JAS Perak menegaskan akan sentiasa mengambil tindakan tegas,
berintegriti dan tiada berkompromi terhadap penjenayah alam sekitar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong titah siasatan segera, menyeluruh isu rumah amal GISBH

YANG di-Pertuan Agong,  Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta...

Lagi Artikel Berkaitan