26.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

Harga runcit RON97, diesel diturunkan 2 sen mulai esok

Mesti Baca

KERAJAAN menurunkan harga runcit bagi petrol RON97 sebanyak 2 sen kepada RM3.40 bagi tempoh 5 September sehingga 11 September.

Ini merupakan minggu kedua harga runcit RON97 diturunkan setelah penurunan pertama dalam tempoh lebih dua tahun sebanyak 10 sen minggu lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, turut diturunkan harga ialah diesel bagi Semenanjung, juga sebanyak 2 sen kepada RM2.16 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

MOF berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan

rakyat terus terpelihara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MoU ditawar kerajaan Perpaduan tidak berperlembagaan – Muhyiddin

PERJANJIAN persefahaman (MoU) yang ditawarkan oleh kerajaan Perpaduan jelas tidak berperlembagaan malah bertentangan dengan nilai murni yang menjadi pegangan...

Lagi Artikel Berkaitan