29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

PRK Nenggiri: BN dakwa peroleh kemenangan awal di enam PDM

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda positif dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila mendakwa telah menang awal di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Kesemua PDM terbabit merupakan pusat-pusat pengundian yang ditutup awal dan telah selesai membuat pengiraan peti undi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebooknya mendakwa, hasil pengiraan awal di empat PDM terbabit, BN kini mendahului dengan 1,003 undi.

PDM terbabit ialah PDM Tohoi, PDM Sungai Puian, PDM Sungai Jenera dan PDM Kuala Sungai yang ditutup pada pukul 2 petang.

Beliau mendakwa, PDM Kuala Sungai mencatatkan kemenangan walupun dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung tahun lalu dimenangi calon Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, dua lagi PDM yang ditutup pukul 3 petang ialah PDM Simpor dan PDM Sungai Wias turut memberikan kemenangan kepada calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Ini menjadikan keputusan tidak rasmi, BN mendahului PN yang diwakili Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 1,570 undi.

Advertisements

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan empat pusat mengundi akan ditutup pada 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

Manakala SK Pulat dan Dewan Orang Ramai Pos Simpor ditutup pada 3 petang.

Bagaimanapun, 14 lagi pusat mengundi hanya akan ditutup pada pukul 6 petang.

Sehingga pukul 4 petang ini, SPR berkata, peratusan yang telah selesai membuang undi masing-masing mencapai 71.8 peratus.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lepas, Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan