25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

PRK Nenggiri: Peratusan keluar mengundi boleh capai 80 peratus

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PERATUSAN pengundi yang menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mampu mencapai 80 peratus menjelang proses pengundian ditutup sepenuhnya pada pukul 6 petang.

Ini berdasarkan trend mereka yang keluar mengundi mencatatkan peratusan yang tinggi sejak 20 pusat mengundi dengan 46 pusat saluran dibuka serenrak pada pukul 8 pagi ini.

Mengikut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga pukul 3 petang, jumlah mereka yang keluar mengundi telah mencapai ke 68.21 peratus daripada 20,216 jumlah pengundi berdaftar.

Angka itu juga melebihi peratusan keluar mengundi dicatat DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Ke-15, Ogos tahun lepas yang hanya mencapai 61.09 peratus.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat ketika para jentera calon-calon yang bertanding masih berusaha membawa keluar  para pengundi masing-masing untuk membuang undi.

Ini terutama membabitkan pusat-pusat mengundi yang masih dibuka sehingga pukul 6 petang sementelah empat pusat mengundi ditutup lebih awal iaitu pada pukul 2 petang dan dua pusat ditutup 3 petang.

Advertisements
Seorang pengundi yang terlantar akibat sakit buah pinggang dan kencing manis membuang undi di SK Jeram Tekoh, Gua Musang. – Foto Bernama

Empat pusat mengundi ditutup pada 2 petang ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai manakala SK Pulat dan Dewan Orang Ramai Pos Simpor ditutup pada 3 petang.

Jika trend ini berterusan, tidak mustahil PRK  Nenggiri bakal mencatatkan rekod peratus keluar mengundi tertinggi berbanding lapan PRK lain yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

PRK sebelum ini iaah Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu), DUN Simpang Jeram, Parlimen Pulai (Johor), DUN Pelangai (Pahang), DUN Jepak (Sarawak), Parlimen Kemaman (Terengganu),  DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Bersatu, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lepas, Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan