25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Kesepakatan gabungan perpaduan makin diterima rakyat – Anwar

Mesti Baca

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam membuktikan kesepakatan gabungan perpaduan semakin diterima rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kemenangan itu juga merupakan penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan Madani.

Beliau berkata, ia selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang kian mekar sejak akhir-akhir ini.

“Insya-Allah, kemenangan ini menjadi suntikan moral untuk Kerajaan Madani tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat dan menjulang kemakmuran negara ke tingkat tertinggi,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam PRK DUN Nenggiri semalam, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani menewaskan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 3,352 sekali gus merampas kerusi tersebut daripada Bersatu.

Advertisements

Azmawi Fikri dari kerajaan Perpaduan memperoleh 9,091 undi mengatasi Rizwadi yang mewakili Perikatan Nasional (PN) memperoleh 5,739 undi.

Selain merampas kembali kerusi DUN tersebut daripada Perikatan Nasional (PN), jumlah undi yang diperoleh oleh BN turut menunjukkan lonjakan luar biasa berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada Ogos tahun lalu.

Dalam PRN itu, calon BN, Ab Aziz Yussof tewas dengan majoriti tipis 810 undi berbanding calon PN, Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu. Ab Aziz memperoleh 5,707 undi sementara Mohd Azizi memperoleh 6,517 undi.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah penyandangnya, Mohd Azizi digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan