KERAJAAN Madani berbesar hati menurunkan harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung sebanyak 5 sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 September.
Pengurangan harga kedua-dua bahan bakar itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, bukannya sebagai meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67.
Kementerian Kewangan berkata, dengan pengurangan harga runcit tersebut RON97 kini dikurangkan kepada RM3.45 seliter berbanding RM3.95 seliter sebelum ini.
Ini merupakan penurunan pertama RON97 sejak kali terakhir mengalami penurunan pada Oktober 2022.
Manakala harga runcit diesel bagi Semenanjung pula mengalami penurunan minggu keempat berturut-turut kepada RM3.18 seliter.
Bagaimanapun, MOF berkata, harga runcit bagi RON95 dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.05 dan RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata MOF dalam kenyataan hari ini.
MOF berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Edisi 9