27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Pelajar 10A tidak ditawar matrikulasi, UPU disaring semula

Mesti Baca

SEMUA pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh minimum 10A tetapi tidak ditawarkan ke matrikulasi dan universiti awam akan disaring semula.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi tujuan tersebut pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi permohonan mereka yang terbabit menerusi program matrikulasi dan UPUOnline.

Beliau berkata, saringan tersebut bagi membolehkan mereka yang tidak ditawarkan tempat dapat diselaras semula tawaran berdasarkan kepada pilihan program pelajar.

“Tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM manakala KPT akan fokus kepada kemasukan program-program asasi dan diploma di universiti awam,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Fadhlina berkata, langkah itu sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi tempat kepada pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam SPM dan memohon melanjutkan pengajian akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi memastikan pelajar cemerlang SPM dan daripada keluarga B40 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian.

“Pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan komited memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula – Mohamad Hasan

AKTA Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan