Thursday, June 4, 2026

Kematian Ismail bakal bangkitkan gelora rakyat Palestin – Zahid

Mesti Baca

KEMATIAN pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pasti akan membangkitkan gelora perjuangan para generasi penerus agar keadilan dan kebebasan dapat dicapai oleh rakyat Palestin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kematian Ismail yang terbunuh dalam serangan di Tehran, Iran juga meruapak satu kehilangan besar bagi dunia Islam.

Beliau yang sedih dengan berita pembunuhan tersebut berkata, tiada kata yang dapat digambarkan tentang kesedihan hatinya.

“Setiap kali beliau hadir ke sini (Kuala Lumpur), mesti kami berjumpa dan berkongsi kisah suka duka perjuangan membebaskan Palestin.

“Sosok tubuh inilah yang banyak memberikan nasihat dan semangat untuk saya terus membantu dan menyumbang di saat kalah ataupun menang.

“Berehatlah sahabat. Hilangkanlah lelah dan penat. Kehilanganmu pasti menjadi pembakar semangat. Gugurmu melahirkan jutaan mujahid umat.

“Sehingga tercapai matlamat. Palestin bebas, merdeka dan berdaulat. Allahuakbar!,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Ismail dilaporkan terbunuh dalam satu serangan di Tehran, Iran ketika berada di negara itu untuk menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan