28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

Mesti Baca

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tetap meneruskan perlawanan tersebut walaupun insiden jenayah membabitkan beberapa pemain ran pengurusan bola sepak baru sahaja berlaku.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbicangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan,” kata kenyataan itu malam ini.

SFC berkata, berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, pihaknya menegas menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama.

“Kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” katanya.

MFL dalam mesyuaratnya hari ini memutuskan menolak permohonan SFC untuk menangguhkan perlawanan Piala Sumbangsih ekoran insiden yang berlaku terhadap Faisal serta dua lagi pemain iaitu Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.

Advertisements

Perkembangan itu disahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi satu kenyataan, hari ini sekali gus menyaksikan pertembungan antara dua pasukan itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Jumaat ini akan tetap dilangsungkan meskipun SFC meminta aksi itu ditunda ke tarikh baharu.

Malah, badan pengendali itu turut menjelaskan bukan setakat aksi Piala Sumbangsih malah semua aksi yang dijadual berlangsung pada minggu pertama akan dijalankan mengikut jadual ditetapkan.

Ahad lalu pemain sayap kelab tersebut, Faisal Halim cedera di muka, lengan dan badan setelah disimbah asid oleh individu tidak dikenali di hadapan sebuah pasar raya di Kota Damansara.

Ekoran itu, Faisal kini dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya dan keadaannya memungkinkan dia terpaksa melupakan sementara kerjaya bola sepaknya.

Beberapa hari sebelum itu, Akhyar cedera di kepala dan kaki selepas dipukul dan disamun di Kuala Terengganu manakala cermin kereta Safiq pula dipecahkan oleh individu tidak dikenali di Johor Bahru malam tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan